Soalan Lazim (FAQ) Klinik Laptop TJ
Berikut adalah soalan yang sering ditanya oleh pelanggan kami.
Berapa lama repair laptop siap?
Kebanyakan masalah biasa boleh siap pada hari yang sama bergantung kepada jenis kerosakan.
Ada caj pemeriksaan?
Pemeriksaan asas dan diagnosis adalah percuma. Kami mengamalkan polisi NO FIX NO FEE.
Adakah perlu buat temujanji sebelum datang?
Tidak perlu. Boleh terus walk in ke kedai. Boleh rujuk waktu operasi syarikat.
Laptop tak boleh on masih boleh repair?
Ya. Kami akan membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti punca kerosakan.
Boleh upgrade SSD tanpa hilang data?
Dalam kebanyakan kes boleh. Cuma kami galakkan anda backup dahulu data2 penting & sulit.
Ada warranty selepas repair?
Ya. Warranty bergantung kepada jenis kerja dan alat ganti yang digunakan. Contohnya SSD Warranty 3 Tahun.
Boleh repair laptop gaming?
Ya. Kami repair laptop gaming termasuk masalah overheat, motherboard, skrin dan upgrade SSD.
Boleh repair PC desktop?
Ya. Kami turut menyediakan servis repair PC desktop untuk pelanggan individu dan syarikat.
Ada servis onsite ke pejabat?
Ya. Kami menyediakan servis onsite untuk syarikat dan pejabat sekitar Bangi, bergantung kepada kekosongan jadual technician.
Berapa harga tukar skrin laptop?
Harga bergantung kepada model laptop dan jenis skrin yang digunakan.
Di mana lokasi Klinik Laptop TJ?
Kami mempunyai cawangan di Sekseyn 3, Bangi dan Bazaar Rakyat,Seri Kembangan.
← Kembali ke Homepage