Laptop HP Slow? 7 Punca Utama Yang Selalu Ditemui Oleh Technician Klinik Laptop TJ

Artikel ringkas untuk pengguna laptop HP yang mengalami masalah laptop perlahan, lambat boot Windows atau kerap hang, blue screen.

Laptop HP merupakan antara jenama yang paling banyak dihantar ke Klinik Laptop TJ untuk pemeriksaan dan servis. Salah satu masalah yang paling kerap dilaporkan oleh pelanggan ialah laptop menjadi perlahan, lambat untuk buka aplikasi dan mengambil masa yang lama untuk boot Windows.

Jika anda sedang mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa punca yang sering kami temui.

Nota: Laptop slow tidak semestinya perlu terus tukar laptop baru. Dalam banyak kes, masalah boleh diselesaikan dengan pemeriksaan, servis atau upgrade yang sesuai.

1. Masih Menggunakan Hard Disk (HDD)

Ramai pengguna masih menggunakan HDD lama. Walaupun HDD masih berfungsi, prestasinya jauh lebih perlahan berbanding SSD moden.

Solusi : Upgrade kepada SSD biasanya memberikan peningkatan prestasi yang paling ketara.

2. RAM Tidak Mencukupi

Laptop dengan RAM 4GB sering mengalami masalah apabila digunakan untuk membuka banyak tab browser, Microsoft Office dan aplikasi lain secara serentak.

Solusi : Dalam kebanyakan kes, upgrade RAM boleh membantu meningkatkan kelancaran penggunaan harian.

3. Terlalu Banyak Program Startup

Banyak perisian yang dipasang secara automatik akan berjalan setiap kali Windows dihidupkan. Ini menyebabkan proses boot menjadi perlahan.

4. Virus Dan Malware

Virus atau malware boleh menggunakan sumber sistem secara berlebihan dan menyebabkan laptop HP menjadi lembap.

Pemeriksaan menyeluruh serta pembersihan sistem biasanya diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

5. Windows / OS Bermasalah

Fail sistem Windows yang rosak boleh menyebabkan pelbagai masalah prestasi termasuk laptop menjadi perlahan dan kerap hang. Solusi terbaik adalah format.

6. Laptop Terlalu Panas (Overheat)

Apabila suhu terlalu tinggi, processor akan mengurangkan prestasi secara automatik untuk mengelakkan kerosakan.

Akibatnya laptop akan terasa sangat perlahan walaupun laptop high spec.

7. SSD Atau HDD Mula Rosak

Kadangkala masalah bukan berpunca daripada laptop low atau high spec. Tetapi daripada SSD yang mula mengalami kerosakan.

Antara simptom yang biasa ialah laptop kerap hang, boot terlalu lama dan fail sukar dibuka.

Bila Perlu Hantar Untuk Pemeriksaan?

Jika laptop HP anda semakin perlahan walaupun selepas restart atau update Windows, pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan.

Di Klinik Laptop TJ, kami menyediakan pemeriksaan awal untuk mengenal pasti punca sebenar masalah sebelum sebarang kerja pembaikan dilakukan secara percuma.

Anda ingin kami bantu?

Klinik Laptop TJ menyediakan servis repair laptop HP, Acer, Lenovo, ASUS dan Dell di Bangi dan Seri Kembangan.

Bawa laptop untuk pemeriksaan supaya punca sebenar dapat dikenal pasti sebelum sebarang kerja pembaikan dibuat.

← Kembali ke Blog